Bincangkan peranan remaja dalam menjayakan Gagasan 1 Malaysia.
Pendahuluan
Gagasan 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh pemimpin negara. 
Slogan -  Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Rakyat Malaysia perlu menghayati falsafah gagasan ini, terutama golongan remaja.
Isi 1
-   Remaja melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
-   Menguasai ilmu pengetahuan baharu selaras dengan perkembangan zaman.
-   Tujuannya untuk membolehkan remaja menjadi cemerlang.
-   Peribahasa :  jika tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya.
Isi 2
-   Remaja mengamalkan semangat perpaduan.
-   Hormat-menghormati antara satu sama lain.
-   Memahami budaya, agama yang pelbagai.
-   Bergerak seiring untuk mencapai negara maju.
-   Peribahasa :  Ke gunung sama di daki, ke lurah sama dituruni.
Isi 3
-    Remaja memantapkan sahsiah diri.
-    Mengamalkan budaya sopan santun.
-    melengkapkan diri dengan ajaran agama dan pendidikan moral.
-   Remaja Malaysia menjadi ikon imej baik di peringkat global.
-   Peribahasa :  kalau sudah benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
Isi 4
-   Menghayati dan mengamalkan rukun negara.
-   menjadi warganegara yang berintegriti.
-   pembentukan modal insan yang cemerlang.
-   memacu negara ke arah wawasan 2020.
-   Peribahasa :  bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Kesimpulan
Remaja ialah aset negara. Semua pihak perlu mendidik remaja ke arah pencapaian matlamat Gagasan 1 Malaysia.  Usaha yang berterusan akan menjadikan remaja hari ini sebagai pemimpin yang berkaliber pada masa depan.
No comments:
Post a Comment