Laman Ghazali Lateh
Saturday, March 17, 2012
Mula Berceramah Kembali
Walaupun saya mahu mengurangkan aktiviti berceramah, namun jemputan demi jemputan mula saya terima. Kebanyakannya saya tolak. Hanya beberapa jemputan dengan kes tertentu sahaja saya terima. Mulai Mac ini saya mula bergerak di sekitar Selangor dan bulan April pula saya bergerak di sekitar negeri kelahiran saya, Kedah. Jumpa nanti, insyaAllah.
Thursday, February 2, 2012
Beraksi kembali
Setelah lama tidak aktif, saya akan memasukkan bahan-bahan terkini untuk panduan calon-calon SPM tahun 2012. Bahan-bahan ini akan dimuatnaikkan tidak lama lagi.
Saturday, November 19, 2011
Thursday, November 10, 2011
Karangan Selangkah ke Perpustakaan Sejuta Pengetahuan : Bincangkan.
Pendahuluan
Perpustakaan ialah tempat rujukan. Murid sekolah mestilah memanfaatkan perpustakaan.
Perpustakaan ditubuhkan di sekolah, daerah, negeri, institusi pendidikan tinggi, dan sebagainya.
Terdapat pelbagai kebaikan jika murid/remaja mengunjungi perpustakaan.
Peribahasa/kata-kata indah : membaca jambatan ilmu.
Isi 1
Murid dapat membaca pelbagai jenis bahan bacaan. Perpustakaan menyediakan pelbagai bahan rujukan spt. buku teks, buku ulasan, buku ulang kaji, kertas model, surat khabar, jurnal, majalah, dll.
Bahan-bahan ini dapat meningkatkan pengetahuan murid/remaja. Khususnya murid yang akan menduduki peperiksaan utama spt PMR, SPM, STPM.
Bahan disediakan secara percuma dan boleh dipinjam oleh murid.
Peribahasa : Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Isi 2
Murid/remaja dapat belajar dalam keadaan tenang di perpustakaan.
Suasana di dalam perpustakaan sangat selesa (kondusif), tenang, tidak bising.
Perpustakaan dilengkapi dengan pendingin hawa/penyaman udara.
Perpustakaan menetapkan peraturan supaya pengunjung tidak membuat bising. Membantu murid/remaja belajar secara berkesan.
Peribahasa : sambil menyelam minum air.
Isi 3.
Murid/remaja dapat menggunakan masa secara bermanfaat.
Dapat mengelakkan murid/remaja terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah spt melepak, terlibat dengan gejala sosial, dadah, berpeleseran, dll.
Ibu bapa tidak berasa bimbang akan keselamatan anak-anak remaja mereka terutama pada masa cuti atau hujung minggu.
Peribahasa : Masa itu emas.
Isi 4.
Murid/remaja dapat memupuk semangat perpaduan dengan lebih berkesan.
Perpustakaan dapat dijadikan tempat interaksi remaja daripada pelbagai kaum.
Mewujudkan kumpulan perbincangan kecil untuk belajar bersama-sama.
Memberi peluang kepada murid/remaja mengenali budaya, agama, bangsa-bangsa yang berbeza-beza.
Peribahasa : Tak kenal maka tak cinta.
Isi 5.
Memberikan peluang murid/remaja mengakses ilmu melalui pelbagai kemudahan elektronik.
Perpustakaan menyediakan kemudahan internet. Murid dapat mengakses bahan-bahan pembelajaran seperti nota, soalan-soalan latihan, soalan ramalan, dan sebagainya.
Contoh laman sesawang bercorak akademik ialah tutor.com.my, skorA.com.my, laman-laman sesawang guru cemerlang, dan sebagainya.
Peribahasa : kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya.
Kesimpulan
Banyak kebaikan perpustakaan yang perlu dimanfaatkan oleh masyarakat, khususnya remaja.
Semua pihak hendaklah mengambil peluang untuk memantapkan pengetahuan dengan mengunjungi perpustakaan.
Remaja yang tidak mengunjungi perpustakaan akan ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan.
Remaja yang berpengetahuan dapat bersaing dengan semangat 1 Malaysia.

Wednesday, November 9, 2011
Tips Karangan Bahagian A
Karangan Bhg A, karangan berpandu.
Kenal pasti tema dan kata kunci. Tema ialah tajuk besar yang terletak di bahagian atas bahan rangsangan atau dalam arahan soalan. Jadikan tema sebagai pendahuluan dan kesimpulan karangan.
Contoh : Tema bahan : Cara-cara menangani kenaikan harga barang keperluan.
Pendahuluan : Kenaikan harga barangan keperluan sering menjadi buah mulut masyarakat. Hal ini menyebabkan rakyat Malaysia berasa kurang selesa ibarat cacing kepanasan. Kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk menangani gejala ini. Namun demikian masalah ini memuncak terutama apabila musim perayaan. Jika diteliti terdapat pelbagai cara yang dapat diamalkan untuk mengatasi kenaikan harga barang keperluan.
Kesimpulan : Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat diambil untuk mengatasi gejala kenaikan harga barang keperluan. Seluruh masyarakat hendaklah menggemblengkan tenaga untuk memastikan gejala ini dapat diatasi. Jika tidak kehidupan masyarakat bakal berhadapan dengan masalah besar akibat kadar inflasi yang tinggi. Iltizam dan kerjasama semua pihak umpama aur dengan tebing dan dapat mengekang kenaikan harga barangan sejajar dengan gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Kata kunci pula terdapat pada setiap komponen bahan rangsangan. Kata kunci ini akan menjadi isi karangan.
Ingat :
Tulis dalam jumlah perkataan yang disarankan dalam arahan soalan. Jangan tulis terlalu panjang kerana ada kemungkinan peperiksaan tidak akan membawa karangan yang melebihi had. (Dalam lingkungan 200 - 250 perkataan sahaja)
Sebaik-baiknya, bilang jumlah perkataan dan tulis di hujung karangan anda.

Tuesday, October 25, 2011
Karangan Isu Pelancongan
Sektor pelancongan merupakan sumber pendapatan yang kedua pentingnya di negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang wajar diambil untuk mempromosikan sektor pelancongan negara ini. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan.
Cadangan jawaban
Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembanguna negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat beberapa langkah yang pragmatik untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita.
Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara. Banyak produk pelancongan yanng wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk pelancongan yanng diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya pelancongan luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempat. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.
Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetetif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh karnival wajar diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan negara kita, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian, penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancongan tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.
Thursday, October 20, 2011
Latar Masyarakat dan Pengajaran dalam Interlok
(a) Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam salah satu novel yang anda kaji. [7 markah]
(b) Huraikan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji.
[8 markah]
(a) Novel yang saya kaji ialah novel Interlok karangan Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Novel ini mengetengahkan pelbagai latar masyarakat yang utama. Antaranya ialah masyarakat Melayu yang tidak berpendidikan dan sering ditipu oleh pihak yang suka mengambil kesempatan. Seman yang tidak bersekolah tidak tahu membaca perjanjian antara bapanya dengan Cina Panjang. Akibatnya kehidupan Seman terumbang-ambing setelah bapanya meninggal dunia. Selain itu latar masyarakat yang diketengahkan ialah masyarakat yang nekad berhijrah untuk mengubah nasib. Lee Kim Lock dan anaknya Cing Huat telah berhijrah dari negara kelahirannya China untuk membina kehidupan di Malaya. Akhirnya golongan ini berjaya menguasai bidang ekonomi di Malaya. Maniam juga merupakan seorang yang berhijrah untuk memperbaiki kehidupan di Tanah Melayu. Hasil kesungguhannya Maniam akhirnya berjaya bekerja sebagai mandur estet. Kesimpulannya, novel Interlok mengetengahkan latar masyarakat yang menarik kerana terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan.
(b) Novel yang saya kaji ialah Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Terdapat banyak pengajaran yang termuat dalam novel ini. Antaranya ialah manusia perlulah berani membuat keputusan untuk kebaikan diri. Lee Kim Lock berani membuat keputusan untuk berpindah ke Tanah Melayu untuk mengubah kehidupan yang sukar di tanah air sendiri. Selain itu kita hendaklah membantu orang yang berada alam kesusahan. Lebai Man mahu Seman dan ibunya tinggal di rumahnya terlebih dahulu setelah keluar dari rumah. Lazim pula sanggup bersama-sama penduduk kampung mendirikan rumah untuk didiami Seman. Seterusnya kita hendaklah mengelakkan diri daripada menyembunyikan status diri. Maniam tidak menceritakan bahawa dia sudah berkahwin ketika di India. Namun statusnya akhirnya terbongkar dengan kedatangan Suppiah. Dia dihalau oleh bapa mentuanya keluar dari rumah kerana terlalu marah. Akhirnya kita hendaklah bersikap jujur terhadap orang lain. Cina Panjang mendapat harta dengan cara menipu Musa yang tidak berpelajaran dan miskin dengan meletakkan nama Musa pada tanah yang dibeli. Akan tetapi apabila Musa meninggal dunia, Cina Panjang menghalau anaknya Seman dan Mak Limah. Kesimpulannya, novel Interlok memaparkan banyak pengajaran yang wajar diteladani oleh pembaca.
Subscribe to:
Posts (Atom)