Tuesday, March 27, 2012

Latihan Konserto Terakhir

Huraikan tiga persoalan yang  terdapat dalam sebuah novel yang telah anda kaji.    

 
Novel Konserto Terakhir memaparkan beberapa persoalan yang dapat mengukuhkan temanya.  Antara persoalannya ialah sesuatu impian yang besar dapat dicapai dengan usaha yang gigih dengan penuh keyakinan.  Impian Hilmi untuk menjadi seorang ahli muzik yang terkenal dicapai setelah melalui berbagai-bagai rintangan dan cabaran.
                        Persoalan seterusnya ialah perbezaan darjat mencetuskan konflik di kalangan masyarakat.  Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi hanya kerana Hilmi berasal dari kampung yang dianggap sebagai hina oleh masyarakat kota.  Selain itu terdapat juga persoalan tentang cara hidup masyarakat kota yang bersifat kebaratan.  Datin Salmah mengamalkan cara hidup masyarakat barat dan kurang menghormati budaya timur. Dia sering menghadiri majlis ‘morning coffee’ bersama-sama rakan-rakan yang sejiwa dengannya.

Saturday, March 17, 2012

Mula Berceramah Kembali

Walaupun saya mahu mengurangkan aktiviti berceramah, namun jemputan demi jemputan mula saya terima. Kebanyakannya saya tolak. Hanya beberapa jemputan dengan kes tertentu sahaja saya terima.  Mulai Mac ini saya mula bergerak di sekitar Selangor dan bulan April pula saya bergerak di sekitar negeri kelahiran saya, Kedah. Jumpa nanti, insyaAllah.