Tuesday, July 27, 2010

Formula Menulis Karangan : Kaedah Ghazali

Pendahuluan
I = Isu
K = Kesan isu
T = Tindakan umum untuk menangani isu
H = Hasil tindakan
H = Hubung kait dengan soalan

Isi

T = Ayat Topik (terdiri daripada DUA Frasa
F = Frasa 1
F = Frasa 2
P = Penegasan

Kesimpulan

R = Rumusan keseluruhan
C = Cadangan umum
A = Amaran peringatan yang bakal berlaku
H = Harapan penulis terhadap isu.

Semua perkara di atas diaplikasikan dalam karangan-karangan contoh sebelum ini.

Kelebihan penggunaan formula dalam aktiviti mengarang.

1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan. (Biasanya 450 perkataan ke atas)
2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.
3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.
4. Perenggan yang seimbang dan sekata.
5. Komponen karangan lengkap - ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan.

7 comments:

zulightning said...

terimakasih,kini saya boleh mejawab soalan bm dengan mudah

K said...

Dr.Ghazali,
apakah yang dimaksudkan dengan fasa 1 dan fasa 2.
Terima kasih:)
Daripada, Koh

kura-kura manja said...

oww... terima kasi Dr. Ghazali Lateh, kini saya telah memahami untuk mereka sebuah karangan yang menarik dan menepati kehendak soalan...

helmi amy said...

apakah yang dimaksudkan dengan fasa 1 dan fasa 2.
Terima kasih:)

Ghazali Lateh said...

Frasa 1 ialah bahagian pertama dalam ayat topik dan Frasa 2 ialah bahagian kedua dalam ayat yang sama. Kemudian kita huraikan setiap frasa secara berasingan. Jadi, kita akan ada dua huraian untuk satu ayat topik. Hasilnya perenggan tersebut akan menjadi lebih panjang.

helmi amy said...

terima kasih dr.ghazali....

Siti Nusrat said...

tqqqq sngatttt. ianya sngatt mmbntuu. esok dh nak prcubaan bwu nk jngokk recall pndahuluan . sblm nii sbuk dngan isi jaaa . mklomlh ckgu da untuk mmbantu tq . smoga allah blssed you ckguu ..