Saturday, October 31, 2009

Kepentingan Pengangkutan Awam

Pendahuluan.
Kesedaran untuk menggunakan pengangkutan awam dalam kalangan masyarakat agak rendah.
Membimbangkan kerajaan - pelbagai langkah diusahakan - namun belum berhasil. Pengangkutan awam ada banyak kepentingan.

1. Pengangkutan awam dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama.
- penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan.
- kesesakan dapat dielakkan.
- menjimatkan masa masyarakat yang berurusan di bandar.

2. Penggunaan pengangkutan awam dapat menjimatkan wang.
- tambang pengangkutan awam lebih murah.
- kenaikan harga minyak sering berlaku.
- kos bahan api kenderaan dapat digunakan untuk perkara yang lebih penting.

3. Pengangkutan awam menggalakkan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat.
- masyarakat Malaysia dapat berinteraksi antara satu sama lain.
- mengeratkan hubungan antara kaum dan saling menghormati antara satu sama lain.
- mendokong gagasan 1 Malaysia yang mementingkan perpaduan.

4. Dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia.
- penggunaan yang optimum akan menggalakkan syarikat pengakutan awam membaiki
perkhidmatan.
- wujud persaingan sihat antara syarikat pengangkutan awam.
- pengenalan pelbagai jenis pengangkutan awam moden spt LRT, monorel, kereta api laju,
perkhidmatan penerbangan tambang murah.

5. Dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.
- Lebih ramai orang menggunakan pengakutan awam, bilangan kenderaan dapat
dikurangkan, justeru kemalangan juga berkurangan.
- negara rugi apabila kadar kemalangan yang berlaku tinggi, dari segi infrastruktur dan
modal insan.
- meningkatkan imej negara sebagai negara yang mempunyai pengangkutan awam yang
selamat.

Kesimpulan
- pengangkutan awam memang banyak kepentingannya. Semua pihak perlu mengubah sikap untuk menggunakan pengangkutan awam. Jika tidak negara kita akan terus dibelenggu pelbagai masalah pengangkutan.

3 comments:

noor faridah said...

*patut masukkan pengangkutan awam dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan pembangunan mesra alam. Dengan penggunaan pengangkutan awam kita dapat mengurangkan pencemaram alam, sekali gus dapat mengurangkan pelepasan gas pencemar yang meningkatkan suhu ~ strategi serampang dua mata.
Cikgu NFB

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Cikgu juga boleh tambah isi mengurangkan pencemaran udara

Boey