Pengenalan
Kisah Bujei yang banyak menghabiskan masanya di tebing sungai. Fikirannya terganggu apabila mengingati peristiwa ngeri kehilangan ibu. Dia sering bertindak di luar jangkaan seperti terjun ke sungai dan membenamkan diri di dalam air.
Perkembangan
Kedatangan Adila ke rumah bapa saudaranya di kampung Bujei telah membawa sinar baharu dalam hidup anak muda itu. Adila berazam untuk membantu Bujei kerana yakin Bujei masih mampu dipulihkan. Adila membawa diri di kampung kerana kecewa dengan kekasihnya Faizal yang tidak menepati janji berkahwin dengan wanita lain ketika Adila berada di luar negara. Setelah mengenali Adila, Bujei mula berasa selesa dan dia dapat memperbaik kekurangan diri. Alias menunjukkan minat terhadap Adila dan tidak senang dengan layanan Adila terhadap Bujei. Bujei pula terpaksa berdepan dengan sikap ganas dan tamak bapa tirinya yang mahu merampas tanah pusaka ibu Bujei secara tidak jujur. Sidang Saman bersikap positif apabila tidak mudah terpengaruh dengan pandangan orang kampung terhadap Bujei. Layanan Adila terhadap Bujei menyebabkan Bujei beransur-ansur normal dan dapat mengurus diri serta bekerja.
Klimaks
Bujei bertindak terhadap Alias apabila Alias merosakkan radionya. Tindakan Bujei itu mengubah senario cerita kerana selama ini Bujei sering menjadi mangsa penderaan Alias dan rakan-rakannya.
Peleraian
Adila memaklumkan kepada Pak Long dan Mak Longnya tentang perasaannya terhadap Bujei. Pak Longnya memahami perasaan Adila cuma meminta Adila bersabar kerana Bujei masih belum bersedia menjadi seorang suami. Akjirnya Adila membuat keputusan untuk menerima Bujei sebagai teman hidupnya.
Thursday, September 15, 2011
Wednesday, September 14, 2011
Ceramah di SMK Desa Kencana Kluster, Lahad Datu.
Pada 10 September 2011 saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dalam Kem Kecerdasan Bahasa Melayu di Lahad Datu. Saya mengucapkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput saya. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada murid-murid yang sangat positif dan bersemangat sepanjang sesi ceramah dijalankan. saya berdoa agar semua calon SPM sekolah tersebut beroleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM nanti.
Thursday, September 8, 2011
Buku Baharu di Pasaran
Buku rujukan Super Skor terbitan Pearson telah pun berada di pasaran. Kunjungi kedai-kedai buku terdekat untuk mendapatkannya.
Thursday, August 11, 2011
Tips untuk Bahagian Novel
i. Ingat beberapa peristiwa penting dalam novel.
ii. Peristiwa penting ini dapat digunakan untuk menjawab semua jenis soalan yang dikemukakan.
iii. Peristiwa penting dijadikan bukti atau contoh dalam huraian jawaban.
iv. Contohnya, peristiwa kematian Intan Maliana dalam novel Papa... (akhirnya kau tewas jua) dapat
menjawab soalan tentang tema, persoalan, nilai, pengajaran, latar, dan sebagainya.
v. Jangan lupa nyatakan novel yang digunakan sebagai jawaban. Kalau soalan perbandingan, jangan lupa
untuk menyatakan kedua-dua buah novel yang dikaji.
vi. Kalau ingat nyatakan juga nama pengarang novel.
vii. Nama pengarang dan judul novel hendaklah dieja dengan betul.
viii. Gunakan bahasa yang terhindar daripada kesalahan untuk mendapat markah penuh.
ix. Buat perenggan jika jawaban agak panjang.
x. Jangan lupa untuk menulis kesimpulan dalam jawaban anda.

Friday, August 5, 2011
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hutan Rimba
Dahulu Pak Tua meninggalkan kampung leluhurnya kerana di sana sudah tidak ada lagi mata pencarian yang memberi pulangan yang lumayan.
“Seharusnya aku mengambil pengajaran daripada petaka yang melanda perairan kampungku.” Sesal Pak Tua semakin menghimpit dada. Begitulah yang terjadi kerana tidak adanya kesedaran alam sekitar. Pak Tua ikut terlibat dalam pemusnahan hidupan laut di kampungnya. Lantaran ingin mendapat tangkapan yang lumayan, Pak Tua dengan beberapa orang rakan nelayan sering menggunakan bom buatan sendiri untuk mendapatkan ikan yang banyak.
“Kami tidak sedar bahawa perbuatan kami itu telah memusnahkan terumbu karang dan hidupan laut yang lainnya. Terumbu karang tempat kehidupan plakton yang merupakan makanan ikan. Terumbu karang yang memakan masa jutaan tahun untuk membesar, dengan sekali lempar saja telah ranap oleh letupan bom buatan sendiri.” Terasa dada Pak Tua juga bagai ikut meletup bersama terumbu karang itu. Rasa sesal itu amat menyesakkan dada. Hidung Pak Tua kembang kempis menyedut udara yang terasa amat payah untuk dihirup. Terketar-ketar jemarinya mengurut dada untuk mengurangkan kesesakan yang semakin menyeksa.
Setelah kehidupan di kampung semakin susah kerana tangkapan sudah agak berkurangan, Pak Tua pun membawa diri ke negeri ini. Pak Tua harap di sini nanti dia boleh mengubah kehidupannya. Ternyata nasibnya memang berubah. Pak Tua bukan hanya mampu mendapatkan rezeki yang berlimpah, tetapi juga mampu membina rumah tangga dan memakmurkan kehidupan keluarganya.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan memberi pulangan yang lumayan seperti yang terdapat dalam petikancerpen di atas? [2 markah]
..........................................................................................................................................................
2. Pada pendapat anda, mengapakah manusia wajar menjaga kesejahteraan alam daripada dicemari? [3 markah]
...........................................................................................................................................................
3. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran yang terdapat dalam cerpen. [4 markah]
................................................................................................................................................................

Sunday, July 31, 2011
Ceramah di UM
Pada 31 Julai 2011 saya telah dijemput oleh sebuah badan NGO iaitu SMC untuk menyampaikan ceramah teknik menjawab soalan kertas 1 Bahasa Malaysia, di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya. Saya sangat berterima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan tersebut.
Friday, July 22, 2011
Peribahasa popular untuk digunakan dalam karangan.
i. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
ii. Kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya.
iii. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
iv. Seperti aur dengan tebing.
v. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
vi. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
vii. Tiada rotan akar pun berguna.
viii.Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
ix. Bersatu teguh, bercerai runtuh.
x. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni.
xi. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
xii. Seperti ketam mengajar anak berjalan betul.
xiii. Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan.
xiv. Harapkan pagar, pagar makan padi.
xv. Kemeyan sebesar lutut, tidak dibakar tiada baunya.
Ungkapan indah/madah pujangga
i. Peperangan dapat dihindarkan dengan sebuah senyuman - Mother Teresa.
ii. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama - Lao Tze
iii. Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China - Hadis.
iv. Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad - Hadis.

Subscribe to:
Posts (Atom)