Mulai tahun ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan dengan guru-guru Bahasa Melayu SPM berkaitan kemahiran penulisan karangan. Mana-mana pihak yang berminat untuk mengajurkan bengkel penataran kemahiran penulisan karangan, boleh menghubungi saya melalui blog atau emel glateh@Hotmail.com atau zalilateh@upm.edu.my
Thursday, March 13, 2014
Tuesday, June 19, 2012
Penggantungan Blog
Oleh sebab saya telah berhenti daripada prodesion keguruan, saya tidak lagi memuatnaikkan bahan-bahan baharu. Saya memohon maaf kepada 'followers' dan berharap bahan-bahan yang sedia ada dapat membantu anak-anak dan pengunjung sekalian.
Monday, April 30, 2012
Tuesday, April 24, 2012
Pengajaran-pengajaran dalam novel Konserto Terakhir
|
Pengajaran
|
Bukti
|
|
Kita hendaklah
membantu orang yang memerlukan tanpa mengharap akan balasan.
|
Encik Bakar
sanggup mengajar Hilmi bermain muzik tanpa mengenakan bayaran kerana
bersimpati dengan anak muda itu.
|
|
Manusia
janganlah memandang hina orang lain walaupun berasal dari kampung.
|
Datin Salmah memandang hina kepada Hilmi
hanya kerana anak muda itu berasal dari kampung di Kedah.
|
|
Seorang isteri
hendaklah menghormati suaminya demi sebuah rumah tangga yang bahagia.
|
Rumah tangga
Datuk Johari tidak begitu stabil kerana Datin Salmah tidak menghormati
suaminya dan sering mempengaruhi keputusan Datuk Johari.
|
|
Kita hendaklah
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang kita impikan dalam
kehidupan.
|
Hilmi berusaha
dengan gigih untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang ahli muzik yang
terkenal.
|
|
Manusia
hendaklah insaf dan berusaha untuk menebus dosa apabila menyedari kesilapan
yang pernah dilakukan.
|
Datin Salmah
akhirnya insaf akan perbuatan kejamnya terhadap Hilmi. Dia ingin mengambil anak Hilmi untuk dipelihara sebagai
tindakan menebus dosanya.
|
|
Kitta
hendaklah menjaga nama baik saudara atau adik beradik sendiri.
|
Hilmi tidak
menceritakan yang buruk-buruk tentang Datuk Johari dan Datin Salmah kepada
bapanya, sebaliknya memuji-muji kedua-duanya.
|
Tuesday, March 27, 2012
Latihan Konserto Terakhir
Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
Novel Konserto Terakhir memaparkan beberapa persoalan yang dapat mengukuhkan temanya. Antara persoalannya ialah sesuatu impian yang besar dapat dicapai dengan usaha yang gigih dengan penuh keyakinan. Impian Hilmi untuk menjadi seorang ahli muzik yang terkenal dicapai setelah melalui berbagai-bagai rintangan dan cabaran.
Persoalan seterusnya ialah perbezaan darjat mencetuskan konflik di kalangan masyarakat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi hanya kerana Hilmi berasal dari kampung yang dianggap sebagai hina oleh masyarakat kota. Selain itu terdapat juga persoalan tentang cara hidup masyarakat kota yang bersifat kebaratan. Datin Salmah mengamalkan cara hidup masyarakat barat dan kurang menghormati budaya timur. Dia sering menghadiri majlis ‘morning coffee’ bersama-sama rakan-rakan yang sejiwa dengannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)