Novel Konserto Terakhir memaparkan beberapa persoalan yang dapat mengukuhkan temanya. Antara persoalannya ialah sesuatu impian yang besar dapat dicapai dengan usaha yang gigih dengan penuh keyakinan. Impian Hilmi untuk menjadi seorang ahli muzik yang terkenal dicapai setelah melalui berbagai-bagai rintangan dan cabaran.
Persoalan seterusnya ialah perbezaan darjat mencetuskan konflik di kalangan masyarakat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi hanya kerana Hilmi berasal dari kampung yang dianggap sebagai hina oleh masyarakat kota. Selain itu terdapat juga persoalan tentang cara hidup masyarakat kota yang bersifat kebaratan. Datin Salmah mengamalkan cara hidup masyarakat barat dan kurang menghormati budaya timur. Dia sering menghadiri majlis ‘morning coffee’ bersama-sama rakan-rakan yang sejiwa dengannya.
No comments:
Post a Comment