Tuesday, May 18, 2010

Musim Peperiksaan

Musim peperiksaan datang lagi. Kebanyakan sekolah menjalankan peperiksaan pertengahan tahun 2010. Perkara yang menarik perhatian saya ialah kebocoran soalan peperiksaan. Persoalannya, adakah calon-calon berasa sangat seronok mendapat soalan bocor? Saya lihat ramai yang berasa sanngat teruja setelah mendapat soalan yang bocor. Pada saya, mendapat soalan bocor bukanlah sesuatu yang baik. Hal ini demikian kerana perkara ini tidak membantu calon dalam peperiksaan sebenarnya. Selain itu keupayaan calon tidak diuji secara yang sah. Tidak ada maknanya jika calon mendapat markah yang tinggi jika mereka mendapat soalan lebih awal.
Satu lagi persoalannya ialah pihak yang membocorkan soalan. Dalam peperiksaan dalaman seperti peperiksaan pertengahan tahun, siapakah yang membocorkan soalan jika bukan guru. Pihak yang begini sangat tidak bertanggungjawab. Saya tidak mahu mengulas panjang tetapi saya menyimpulkan guru yang membocorkan soalan ialah pengkhianat terhadap murid sendiri.

1 comment:

Unknown said...

Kepada guru Ghazali,

Saya memang setju dengan pendapat tuan. Apakah sebenarnya tujuan peperiksaan disediakan oleh pihak sekolah? Jika terdapat segelintir guru yang tidak beretika itu membocorkan soalan kepada pelajar bermaksud pelajarnya tidak berkualiti dan dia takut dikesan oleh pihak pentadbir. Guru sebegini haruslah disingkirkan keluar dari arena pendidikan.