Thursday, March 11, 2010

Keputusan SPM diumumkan

Akhirnya, keputusan SPM 2009 pun diumumkan. Bekas murid saya datang ke sekolah dengan hati yang berdebar-debar. Saya bersyukur, sekolah saya mencapai keputusan 99.3% kelulusan. Malangnya keputusan tersebut tidak dapat mengekalkan keputusan 100% tahun 2008. Seorang daripada calon tidak lulus BM. Keadaan ini telah dijangkakan kerana calon ini tidak mahu menulis dalam peperiksaan. Calon berkenaan juga gagal dalam peperiksaan percubaan. Walau bagaimanapun, dari segi kualitinya, tahun ini ada peningkatan. Bilangan murid yang mendapat A+ untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia amat memberangsangkan.
Saya berasa amat terharu apabila beberapa orang pelajar Cina mengucapkan terima kasih kepada saya kerana keputusan BM mereka yang cemerlang. Ada yang memperkenalkan saya kepada ibu bapa mereka. Bagi saya pencapaian mereka merupakan hasil usaha gigih mereka. Guru-guru hanya membantu dan bertindak sebagai pemudah cara. Tahniah dan syabas kepada semua.

1 comment:

Al-Manar said...

Cikgu
Masih tidak berpuas hati kerana seorang tidak lulus sungguhpun 69 yang lain lulus. Saya puji sikap cikgu tidak memandang bilangan yang cmerlang semata-mata.Pada masa yang sama amatlah menyedihkan bila lain dari bangsa Melayu sahaja tampil memberi terima kasih. Saya ucapkan syabas.