Tuesday, January 19, 2010

Pendahuluan Karangan

Pendahuluan merupakan komponen penting dalam sesebuah karangan. Pendahuluan berfungsi sebagai wajah karangan yang ditulis. Pemeriksa akan melihat pendahuluan sebagai impression atau gambaran awal tentang kandungan karangan berkenaan. Oleh yang demikian, calon digalakkan menulis pendahuluan karangan yang baik untuk menarik minat pembaca.
Terdapat pelbagai cara untuk menulis pendahuluan. Calon mesti membiasakan diri dengan pelbagai jenis pendahuluan untuk membolehkan mereka memulakan karangan dengan meyakinkan.

1 comment:

khir said...

Kalau nak tulis pendahuluan yang baik, pastikan 5 perkara ini dipatuhi;
a. sentuh penyataan soalan dengan ayat yang hampir sama maksud dengan penyataan soalan(PS)
b. jelaskan konsep atau definisi dengan TEPAT melalui huraian atau gambaran isu/pokok persoalan,
c. tulis sedikit penjelasan tentang isu semasa yang berkaitan isu yang disoalm melalui contoh yang jelas.
d. MESTI nyatakan kehendak soalan (KS), Kalau ada dua kehendak soalan tulis dalam dua ayat.
e. pastikan format soalan yang tepat dipatuhi untuk sesetengah pendahuluan, contoh, kata alu-aluan untuk ceramah.
Terima kasih tuan, harap saya dapat bantu semua.