Sunday, August 2, 2009

Teknik Cerita Lain

Penulisan rumusan pada peringkat STPM memerlukan kemahiran yang tertentu. Terdapat pelbagai kaedah yang telah diperkenalkan oleh guru-guru yang berpengalaman, guru cemerlang, pensyarah-pensyarah, dan sebagainya. Saya telah memperkenalkan satu teknik untuk menulis rumusan STPM. Teknik ini saya namakan sebagai Teknik Cerita Lain. (TCL).
Teknik ini memerlukan calon membaca petikan secara keseluruhan terlebih dahulu untuk mendapatkan Idea Utama petikan. Kemudian setelah itu, calon perlu membaca sekali lagi petikan untuk mengenal pasti idea sampingan pula. Untuk tujuan mendapatkan idea sampingan, calon perlu mempunyai kemahiran untuk membezakan antara isi penting dan huraian isi. Caranya adalah dengan mengenal pasti cerita baharu (isi baharu) yang diperkenalkan. Cerita lain ialah isi baharu yang diketengahkan selepas huraian isi yang sebelumnya. Setiap kali calon menjumpai cerita lain yang baharu, maka cerita tersebut dianggap sebagai idea sampingan yang dapat diketengahkan dalam rumusan.
Demikian secara ringkas penerangan tentang TCL. Sebenarnya teknik ini sama juga dengan kaedah yang biasa digunakan. Cuma apabila diberikan nama, maka calon mudah mengingatinya. Calon mestilah membuat latihan yang banyak untuk memahirakan diri dalam penulisan rumusan. Saya berdoa agar semua calon berjaya dalam peperiksaan.

2 comments:

juilis69 said...

terima kasih dengan TCL yang cikgu paparkan dalam blog cikgu..

Drp:
Cikgu Juilis Mokujal
SMK.Narinang
http://komsasspm.blogspot.com

cikguwawa said...

salam,
terima kasih cikgu atas idea yang diketengahkan.Tahniah atas usaha dan pencapaian cikgu sekarang.saya ialah batch pbmp89-93 UPM dulu.skg guru di smk clifford.